TRAGEDI 13 MEI 1969
PENGENALAN
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI 1969:
Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina telah dilayan secara berbeza-beza kerana telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu.
Keadaan ini berikutan Jepun
yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih
segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan
permusuhan antara orang melayu dan cina.
Latar belakang pendidikan yang
berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. . Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri.
Sekolah Melayu menekankan kemahiran
menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.
Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan
negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah
dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi
keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya
dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar
sahaja.
Disediakan oleh : Wee Yi Xu
Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan.
Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.
Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
Disediakan oleh : Luqman
Dasar Pecah Dan Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengadopsi konsep pecah dan perintah adalah satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka.Orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga sebagai pelombong di kawasan perlombongan. (Merekalah yang sebenarnya mempunyai aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia).Kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India bersifat sara diri.Orang-orang Melayu tinggal di kampung sebagai petani atau nelayan kecil.Kaum india sebagai buruh kasar dan penoreh getah serta tinggal di estet . Keadaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masayarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi meraka tidak seimbang.
Disediakan oleh : Ameer
PENGAJARAN
Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara
Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang
sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan
ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya .Pengalaman yang
perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak
aman , huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada
rasa tidak berpuashati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman
.Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah
kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah portugis pada tahun 1511
begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan negara Arab
khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordon oleh kuasa Israel , dan
penindasan secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi
bumi Arab ini .
Perpaduan Nasional
Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan
telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk
dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan
hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain
.Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur
, bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri
hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis
kaum , agama , budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969
ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang
timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal
bagi negara ini . Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu
menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni
di kalangan masyarakat . Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah
tanggungjawab semua pihak.
Disediakan oleh : Wee Yi Xu
Kehilangan Nyawa dan Harta Benda.
Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara-mara dan kaum keluarga yang terlibat.
Perintah Berkurung
Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 , kerajaan terpaksa mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecah belah antara kaum . Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan, susah berinteraksi dan saling berhubungan
No comments:
Post a Comment