Thursday, October 22, 2020

EFOLIO ETIKA : DAT1C

 KUMPULAN 5



AHLI KUMPULAN :

💥MOHAMAD AFIQ HIRZI BIN ZAHAFIZI💥
🔑(04DAT20F1079)

💥MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN MOHD FAIZAL💥
🔑(04DAT20F1087)

💥MUHAMMAD AMEER FITRIE BIN MOHD HAPIZI💥
🔑(04DAT20F1063)

    💥WEE YI XU💥
🔑(04DAT20F1059)



NAMA PENSYARAH : PN NOR ARYADA AHMAD

Monday, October 19, 2020

TRAGEDI 13 MEI 1969 : PUNCA DAN PENGAJARAN

 TRAGEDI 13 MEI 1969



PENGENALAN 


        Pada 13 Mei 1969 , negara Malaysia dikejutkan dengan satu tragedi yang dianggap sebagai titik hitam dalam sejarah Malaysia . Peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969 adalah berlakunya kejadian rusuhan kaum dan menjadi kemuncak ketegangan masalah perpaduan yang melibatkan dua kaum terbesar di Malaysia . Tragedi ini telah meragut banyak nyawa dan kemusnahan harta benda akibat rusuhan ini . Angka rasmi menunjukkan 196 mati , 439 cedera , 39 hilang dan 9143 ditahan , manakala sebanyak 211 kenderaan musnah dilaporkan. Tragedi ini dikatakan berkait rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969".

     Semasa kempen pilihan raya diadakan , calon pilihan raya dan ahli politik , terutamanya dari parti pembangkang telah membangkitkan kemarahan orang Melayu dengan mempersoalkan isu sensitif yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) , kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu . Ini telah menyebabkan semangat perkauman antara kaum menjadi lebih kuat dan mengancam perpaduan kaum di Malaysia .


Disediakan oleh : Afiq Hirzi


PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI 1969:

 

Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun 

     Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina telah dilayan secara berbeza-beza kerana telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu.

  Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang melayu dan cina.

 

Latar belakang pendidikan yang berbeza

   Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. . Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri.

   Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.


Disediakan oleh : Wee Yi Xu 


Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

        PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan.

        Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .


Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara


     Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.

    Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.


Disediakan oleh : Luqman


Dasar Pecah Dan Perintah Penjajah Inggeris

        Dasar penjajah Inggeris yang mengadopsi  konsep pecah dan perintah adalah satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi  punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka.Orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga sebagai pelombong di kawasan perlombongan. (Merekalah yang sebenarnya mempunyai aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia).Kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India bersifat sara diri.Orang-orang Melayu tinggal di kampung sebagai petani atau nelayan kecil.Kaum india sebagai buruh kasar dan penoreh getah serta tinggal di estet . Keadaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masayarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi meraka tidak seimbang.


Disediakan oleh : Ameer

 

PENGAJARAN


Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara


        Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya .Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman , huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman .Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordon oleh kuasa Israel , dan penindasan secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini . 

Perpaduan Nasional


        Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur , bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum , agama , budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini . Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat . Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.


Disediakan oleh : Wee Yi Xu


Kehilangan Nyawa dan Harta Benda.

        Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara-mara dan kaum keluarga yang terlibat. 

Perintah Berkurung 

        Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 , kerajaan terpaksa mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecah belah antara kaum . Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan, susah berinteraksi dan saling berhubungan


Disediakan oleh : Luqman


Terima Kekalahan Atau Kemenangan Dengan Sederhana

        Semua pihak harus menerima kemenangan atau kekalahan dengan cara yang sederhana. Tindakan provokatif dari satu pihak ke pihak lain akan mengundang pelbagai tindakan lain yang tidak diingini dan agresif. Oleh itu, tidak kira sama ada kita kalah atau menang, konsep kesederhanaan harus dititikberatkan.


Perbaiki Hubungan Antara Kaum

        Tragedi ini membuka ruang untuk muhasabah diri untuk semua pihak memikirkan sejauh mana hubungan antara kita sebelum dan masa depan. Seperti yang telah dikatakan, semua pihak mesti saling menghormati dan mempercayai. Tidak mustahil ada pihak yang akan memanfaatkan kelemahan kita sekiranya hubungan antara kaum tidak wujud.

Disediakan oleh : Ameer


KESIMPULAN

        Pada tanggal 13 Mei 1969 satu peristiwa pahit telah berlaku dan tercatat dalam sejarah negara Malaysia sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak . Peristiwa ini juga merupakan sejarah hitam dan pahit untuk ditelan dalam sejarah negara Malaysia kerana berlakunya rusuhan kaum yang mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda . Pada hari ini , kita dapat lihat yang masyarakat hampir lupa dan mengabaikan hubungan sesama kita dengan banyaknya berlaku pergaduhan , saling memfitnah dan hasad dengki .Masyarakat hari ini perlulah sedar dan bekerjasama untuk kembali merapatkan hubungan sesama kaum supaya tragedi 13 Mei 1969 tidak kembali berulang .Pada pandangan saya, kita juga harus bersatu padu untuk menguatkan perpaduan antara kaum agar negara kita tidak terlihat lemah oleh negara lain apabila melihat masyarakat yang saling hormat-menghormati dan hidup dalam keadaan aman sejahtera tidak mengira kaum.

 Peribahasa pernah mengatakan "Jangan sesekali melupakan sejarah"


Disediakan oleh : Afiq Hirzi


LAMPIRAN

























EFOLIO ETIKA : DAT1C

 KUMPULAN 5 AHLI KUMPULAN  : 💥MOHAMAD AFIQ HIRZI BIN ZAHAFIZI💥 🔑(04DAT20F1079) 💥MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN MOHD FAIZAL💥 🔑(04DAT20F1087)...